we will miss you
Saturday, 6 August 2016
Perginya seorang hamba Allah yang sentiasa
akan dikenang.
Perginya seorang anak yang soleh kepada ibu
dan bapa nya, tak lupa juga adik beradiknya.
Perginya seorang pelajar tingkatan 5 dari SMK
USJ23 yang amat disenangi oleh semua guru.
Perginya seorang penolong ketua kelas 5Alpha.
Perginya seorang sahabat yang selalu menjadi
penyeri kelas.
Perginya… Mohd Haziq bin Hamzani meninggalkan
dunia yang semakin lama semakin uzur ini.
Kau akan sentiasa dikenang.
Mohd
Haziq bin Hamzani (26 Feb 1999 – 13 Jul 2016)
-
Haziq, aku takkan lupa untuk doakan untuk kau.
Walaupun kita tak rapat, kau jelah seorang lelaki melayu yang aku berkawan
dekat sekolah tu. Tak salahkan aku menangis untuk kau walaupun kita tak berapa
rapat macam orang lain?
Kau dah pergi tinggalkan kitorang. Orang kata
jangan menangis bila orang meninggal, nanti kesian dekat dia. Tapi aku minta
maaf bagi pihak semua orang, kitorang masih tak boleh move on from your death.
We miss you. Seeing your empty seats which is seated in front of me, buatkan
aku sebak. Haziq aku minta maaf dekat kau, kitorg asyik menangis bila fikir
pasal kau. Bila bercakap je pasal kau, air mata semua orang berlinang.
Kitorg semua masih tak percaya kau dah
pergi... Sebab pagi hari Rabu tu, kita satu kelas bergurau macam biasa. Tapi
kau, a little bit tame unlike before. Kalau dulu, kau bergurau nombor satu. Kau
suka sakat orang. But that’s what brings
us closer. Cikgu Banon, Cikgu Noredah dan Cikgu Zurida pun sempat bergurau
dengan kau. Tapi petang tu, aku dengar kau kemalangan dan meninggal pada waktu
tu juga...
Dalam sekelip mata haziq, dalam sekelip mata.
Pagi Khamis tu, instead of siap siap pergi
sekolah, aku siap siap untuk pergi rumah kau. Nak tengok muka kau untuk kali
terakhir, muka kau yang manis tu. Aku tak bersedia pun bila aku jejak rumah kau
tu. Aku masuk rumah tu, tak perasan pun tubuh kau dekat ruang tamu tu, aku
salam orang dulu. Tapi lepas je duduk, aku baru nampak kawan kita menangis
dekat hujung ruang tamu, dekat dengan kau. Baru aku perasan, kau dekat situ.
Macam macam emosi datang and aku cuba tahan
untuk tidak menangis. Tapi bila pandang muka kau, aku terus menangis. Aku tak
sangka, aku still tak dapat terima realiti ziq. Kau ke tu? Betul ke tu kau?
Betul ke mata aku ni? Aku tak silap orang ke? Tapi bila pejam mata and buka
balik, kawan kau semua ada dekat sisi kau. Nak cium dahi kau. Aku tak salah
ziq...
Ramai layat kau ziq, kawan kelas kita ramai
datang. Cikgu Banon, Cikgu Noredah dan Cikgu Zurida pun datang layat kau untuk
kali terakhir. Kau ni pelajar yang sangat baik ziq, buatkan aku cemburu dengan
kau. Aku sedih dengan pemergian kau tapi aku rasa happy juga, sebab kau
tinggalkan kitorang dengan senyuman. Kau senyum bila kawan kawan kau cium dahi
kau, dan family cium kau. Kulit kau pun putih kan. Aku harap kau tenang dekat
sana.
Sejak hari kau meninggal ziq, dekat satu
minggu cuaca mendung je. Panas dia tak macam dulu, asyik berangin je. Cikgu
kata tu petanda baik ziq. Aku suka dengar benda tu. Sebab aku tahu kau baik,
jadi dengar tu buatkan aku happy. Kau tenang.
Nanti aku ziarah kubur kau iye ziq? Tunggu aku
dengan kawan kita, 5Alpha iye? Mungkin aku akan bawak kelas lain sekali.
Kitorang bacakan yassin untuk kau nanti. Tunggu!
Bye, assalamualaikum.